Panduan asas penjagaan Orkid

1) Letakkan orkid di tempat yang mendapat cahaya matahari terang, tetapi bukan secara terus (direct sunlight). Lokasi sesuai seperti di bawah rumah orkid atau di bawah pokok.

2) Sediakan kelembapan udara yang tinggi disekeliling orkid. Salah satu caranya ialah dengan meletakkannya secara rapat dalam satu kelompok orkid atau dengan tumbuhan lain.

3) Jangan gunakan tanah sebagai medium penanaman orkid epifit kerana orkid ini telah mempunyai akar udara yg menyerap air daripada udara sekelilingnya.

4) Elakkan tempat berangin kuat, namun peredaran udara yang baik diperlukan. (wap air/kelembapan akan hilang lebih cepat dengan tiupan angin kuat).

5) Buat pemasuan semula orkid apabila pasu dipenuhi akar. Sentiasa gunakan campuran medium tanaman khas untuk orkid seperti yang terdapat di nurseri.

6) Beri baja secara tetap dan kerap, misalnya seminggu sekali tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

7) Siram hanya apabila medium penanamannya hampir kering. (kebanyakan orkid mudah diserang kulat atau menjadi reput akar dalam medium yang sentiasa basah).